Rumahku Dipecah Masuk....

Asalamualaikum....

Selamat pagi kepada semua bloggers dan semua manusia di muka bumi ALLAH ini.... pada 12/9/2014 (jumaat) rumah aku dipecah masuk oleh orang yang mungkin aku kenali (suspek)... agak terperanjat jugak bila balik2 kerja je nampak rumah dah jadi begitu... tapi nak buat camne dah ALLAH tetapkan semuanya... Redha dengan apa yang berlaku... cuma rasa geram dalam hati sekiranya betul orang yang aku syak itu yang buat rumah aku jadi begini... 

Mereka ini adalah orang yang tinggal belakang rumah aku... mereka ni susah...xda rumah... tinggal pun di pondok tanah rizab yang dibina oleh orang kebun untuk rehat... tiada bekalan air atau api... so akulah yang beri izin pada dia untuk menggunakan api dan air aku... kadang aku belikan beras... kerana kadang anak2 dia bgtau aku belom makan... lapar... kesian plak aku... anak2 dia 10 orang... semuanya masih kecil2 lagi... umur dari 17 tahun ke 2 tahun.... 9 lelaki 1 perempuan... anak2 dia xbersekolah... cerita2 orang kampung ayah dia ni kaki judi...kaki minum... kaki karaoke... kerja malas... yang ni aku xsure.... tapi dari apa yang aku perhatikan memang nampak macam femalas... isteri dia pulak jenis pengotor... mereka semua mandi, basuh baju, basuk kain di rumah aku... sekali tu aku bersihkan rumput kat sekitar rumah aku... aku jumpa 22 keping pampers yang dah diggunakan siap ada *&^%$ pun ada bersepah di kawasan rumah aku.... Allah.... tulang2 ikan bekas2 makanan semua bersepah di kawasan rumah aku... mereka ni juga pernah nak pinjam duit dari aku... anaknya yg datang, kata mak nak pinjam.... aku soh mak dia datang... tetiba dia cakap mak dia demam.... Wallahuallam... so aku x bagilah... kot2 anak dia tipu ke... Pada bulan ramadhan haritu aku dapat bil air syabas kena RM 48.00... agak terperanjat gaklah... takut2 ada paip bocor... bila aku tgk cara diorang pakai... barulah aku tahu kenapa bil tinggi... mereka membazir air banyak dari menggunakan.... Allahuakahbar... 

Sampai masa aku nak tegur perbuatan diorang.... Sabtu malam minggu aku panggil ayah dia ke rumah... dan aku memulakanlah cerita dari penggunaan air... sampah.... kalau korang nak tahu dulu aku x kunci main gate aku... sebab aku izinkan diorang mandi dan basuh kat dalam rumah... bila isteri aku perasan tile pecah, basikal anak2 aku sampai jahanam.... so aku x beri dia masuk dalam lagi... pada masa aku sembang ngan ayah diorang tu... emak dan 3 lagi anak dia asik mundar mandir di hadapan rumah aku sahaja.... rasa pelik gak... lelebih lagi isterinya... muka pucat macam takut aku bgtau pasal dia nak pinjam duit kot... dan sejak aku tegur tu terus mak diorang cam xnak sangat bual2 ngan aku....

Sehari Sebelum Kejadian...
Aank2 diorang datang jumpa aku salam cakap nak pindah... katanya zakat bagi rumah... Alhamdullilah kata aku... cuma aku agak pelik mak diorang xnak langsung cakap apa2 ngan aku... duduk pon jauh di hujung jalan... aku diamkan jelah... mungkin ada masalah kot... malam sebelumnya mereka ada "memaksa" aku beli sofa diorang... aku cakap xnaklah.... tapi nampak muka anak dia macam marah... aku diamkan sahaja....pada hari jumaat tu (hari kejadian) mereka kata nak pindah petang.... akan tetapi pakcik lori kata selepas solat jumaat mereka mendesak untuk pindah segera.... mmm dan ada saksi nampak 2 anak mereka berserta "MAK" ada pusing2 area rumah jam 11.00 Pagi... mungkin anak masuk... MAK cover line.... hampir RM10,000.00 juga kerugian... aku redha... cuma cara mereka itu amat melukakan hati aku.... apapun moga ALLAH buka hati mereka untuk menjadi orang yg lebih baik.... Wallahuallam....

Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buang Biawak dalam lubang tandas

Band That Influence Me Most...

Aktiviti cuti bersama isteri dan anak-anak & Gadget