Siapakah Aku Di Sisi Allah...
Dalam kehidupan banyak benda yang kita kecapi...tak lupa juga pada perkara yang menyakitkan... akan tetapi hidayah ALLAH S.W.T itu luas....
Aku bukan berasal dari keluarga yang kaya... ayahku meninggalkan kami pada usia aku amat muda... aku memberontak antah kenapa... aku lalai dalam pelajaran... aku abaikan agama... dan mengenali sesuatu bernama MUZIK... bagai mendapat sesuatu yang baru muzik membawa aku merantau jauh dan berkenalan dengan orang baru... bermula aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur... amat terbuka pandangan mata kerana dapat melihat segalanya... tidak seperti di kampung... penglihatan amat terhad... memulakan karier bermain muzik sehingga menjerumus diri dengan ARAK... Nauzubillah... sehingga aku pulang semula ke kampung... dapat meningalkan semuanya... pada tahun 2000 aku naik semula ke Kuala Lumpur dapat bekerja dengan syarikat yg agak besar... kehidupan mula berubah... di saat itu juga aku mengenali insan yang bergelar isteriku.... kehidupan bermula dengan baik... sehingga kami berumahtangga...
Bermula sebagai suami isteri benyak berlaku... sehingga kini kami ada 4 cahaya mata... aku amat bahagia... akan tetapi sikapku juga membuatkan aku menyakiti diri... tahun 2018 tahun keramat aku diuji dengan benda yang agak besar... bila berlaku baru aku sedar walaupun selama ini aku tidak melakukan ibadat dengan sempurna... ALLAH tetap sayangkan aku... diberi aku petunjuk... dan kesedaran...
Siapa Aku Di sisi Allah...
Kosong dan sunyi itulah perasaan aku sekarang... bukan kerana keluarga akan tetapi diriku sendiri... apakah yg aku cari sebenarnya...
Anak2 ku sesungguhnya ayah banyak hutang yg ayah perlu selesaikan dengan kamu semua... banyak ayah membuang masa dari bersamamu dan ibumu... kadang ayah merasa ayah tidak layak untuk bersamamu semua... kadang ayah merasa ayah perlu ada dengan kamu semua...
Ya Allah... menjangkau umurku yang mencecah 40 ini... bantulah aku menjadi Suami Ayah dan Pemimpin yang baik kepada keluargaku... Siapa aku di sisimu ya ALLAH....
Maafkan Aku Ya Allah....
Comments
Post a Comment