Apa Beza Pemuzik dan Boleh Bermain Muzik...
Assalamualaikum....
Apa khabar semua... saja je buat entri ni... apa yg aku tulis ni adalah pandangan aku sendiri... tiada kaitan dengan mana-mana pihak ya...
pada aku beza Pemuzik dan Boleh Bermain Muzik adalah satu perbezaan yang amat ketara, sebab memang ramai orang boleh bermain muzik, tapi adakah dia seorang pemuzik? dengar macam pelik kan heheh.. so kali ni aku cuba mengupas apa itu pemuzik dan boleh bermain muzik...
dalam dunia hari ini saya akui yang muzik sudah menjadi sebahagian dalam diri kita.. baik untuk apa juga situasi pasti ada muzik... itulah yang di katakan The Power Of Music.. muzik mampu mengubah emosi seseorang.. dari marah jadi ok.. dari sedih jadi happy... dan bermacam2 lagi... macam aku sendiri pun minat muzik heheh tapi aku bukanlah seorang pemuzik... hanya boleh bermain muzik...
Ok.. pada pandangan aku sendiri... Pemuzik ini adalah insan yang tahu tentang Muzik secara mendalam... dari percakapan, kenal alat muzik, membaca note muzik.. dan dia selalunya boleh bermain semua jenis lagu... maknanya kasilah lagu apa... jalan je...
Bagi yang boleh main muzik ni pula, diorang banyak duduk dalam dunia dia sendiri.. tak berani nak mencuba apa juga jenis lagu lain...dan bermain untuk puaskan hati sahaja... #jenisakulahni hahahah...
so nak tau jugak pandangan korang semua... mana tau ada perbezaan kan.. so apapun... support local band...
Assalamualaikum....
Comments
Post a Comment