Sudah kah Anda Tunaikan "HUTANG" pada ANAK..?
Assalamualaikum...
Entri kali ini agak lain.. ini adalah pengalaman aku sendiri... dan aku rasa aku perlu share dengan siapa yang sudi membaca...
SUDAHKAH KITA JELASKAN HUTANG KITA PADA ANAK????
Entri kali ini agak lain.. ini adalah pengalaman aku sendiri... dan aku rasa aku perlu share dengan siapa yang sudi membaca...
SUDAHKAH KITA JELASKAN HUTANG KITA PADA ANAK????
Anak adalah anugerah yang terulung dari Allah kepada kita, akan tetapi tanpa kita sedar kita banyak berhutang dengan mereka, hutang yang perlu dijelaskan, hutang yang tak mungkin kita dapat selesaikan...
Aku sendiri melihat diri aku terhadap anak-anak.. sungguh tak adilnya aku pada mereka, kadang hanya pertanyaan sahaja dari mereka... kita herdik mereka dek kerana penat balik kerja Astafirullah... mereka berjam jauh dari kita, ntah apa yang berlaku disekolah/taska kita pun tak tahu, sampai-sampai rumah dah kena marah..kita memang penat bekerja.. mereka tahu tu, tapi bila mereka balik nak bercerita bukan kerana cerita itu... sebenarnya mereka rindu akan suara kita ... mereka rindu respond kita...tapi apa kita buat...? kita herdik, kita diam, kita cakap penat, Astafirullah... cuba korang bayangkan perasaan mereka selepas itu... bawak ke tidur.. menangis dalam hati barangkali mereka... esok bangun pagi kita terlewat dan marah-marah kejut mereka... marah-marah suruh mereka siap... sarapan belum tentu kita dapat sediakan... dan hantar mereka ke sekolah...
Perasaan kena herdik semalam belum lagi hilang, ditambah pula pagi esoknya... Astafirullah...
Inilah hutang yang saya maksudkan... kita belum pernah lagi membayar semuanya... setiap malam lepas mereka tidur, aku pergi ke bilik masing2 dan mencium mereka sambil aku berkata " Anak2 ku...Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya ayah pada kamu semua , Maafkan ayah kerana belum dapat menjadi ayah yang sempurna...tidurlah anakku semoga Allah berikan kamu ketenangan dalam mimpimu"
Tanpa kita sedar banyak hutang kita kepada mereka, mereka patut merasa gembira, merasa bahagia, akan tetapi apa yang ada dalam hati mereka hanya mereka sahaja yang tahu.. setiap kali aku melihat wajah anak anak aku... aku terbayang akan masa kecil mereka... dari situ sahaja sudah nampak mereka sedih tanpa kita sedari... kalaulah kita boleh balikkan masa... pasti kita nak ubah semuanya kan... tapi itu tidak mungkin melainkan Allah S.W.T melakukannya...
Wahai ibu ayah yang dikasihi... kami tak nak gadget yang mahal-mahal.... kami tak nak melancung ke luar negara setiap bulan... kami cuma nak rasa bahagia bila berada dengan ibu ayah... nak senyum dan ketawa dengan ibu ayah... nak ibu ayah peluk kami... walaupun kami hanya makan nasi dan telur goreng... jika ianya datang dari ibu ayah... tidak terbanding akan kesedapannya... Wallahuallam....
Comments
Post a Comment