Aktiviti cuti bersama isteri dan anak-anak & Gadget

Assalamualaikum....

Saja nak update aktiviti bersama keluarga ujung minggu ni.... tapi sebelum tu saja nak kongsi pengalaman kenapa saya adakan aktiviti bersama keluarga ni....

Kita sedia maklum dalam dunia globlisasi sekarang ni, memang terasa akan kenaikkan harga barang dan juga kos sara hidup... ada setengah dari rakyat malaysia kadang tertekan dengan kenaikkan kos hidup ini... akan tetapi apa yang kita boleh buat adalah usaha dan tawakal kepada ALLAH S.W.T mudah mudahan kita beroleh rezeki yang berkat dan tidak putus-putus....  In shaa allah cukup jika keberkatan rezeki itu ada cukup... 

Kita ni suami isteri siang malam kerja cari rezeki untuk anak2 kita... kan? dari isnin hingga juma'at.. Kadang ada yg sampai hari minggu pun bekerja...  setiap hari cuma berapa jam sahaja kita jumpa anak-anak kita... dalam masa beberapa jam tu lah mereka kena buat homework, kemas beg, gosok baju, makan, solat, mengaji dan cukup jam 10.00 malam dah kita soh diorang tido... sebab esok nak sekolah ye dok.. heheheheheh .. kita pula sibuk nak masak, kemas rumah dan bermacam-macam lagi... kadang kita cuma berselisih sahaja dengan anak-anak kita... rasa macam orang asing pun ada... Kadang kesian aku tgk anak-anak aku... balik-balik umah buat sepah kena marah...bising kena marah... huhuhuhu aku tau sebenarnya ramai ibu bapa takde niat nak marah2 anak ni...tapi, kita dah lah balik kerja penat... tgk2 diorang lagi buat kita penat memang mendapat lah..... dulu aku selalu buat kesilapan dan marah mereka bila mereka buat perangai... tapi sebenarnya mereka nak perhatian dari kita... yelah kan... sehari tak jumpa kita dari pagi sampai petang... masa tulah diorang nak buat agar kita beri perhatian kepada mereka.... tapi kita ... ALLAH maafkanlah kami.... Lindungilah Anak-anak kami ya ALLAH...

So... untuk mengelakkan dari mereka membuat sepah... mulalah kita belikan mereka Gadget... untuk mereka duduk diam dan tak buat masalah.... tapi dalam tak sedar apa kita dah jadikan mereka? kalau perasan atau tidak kita dah menjadikan anak kita "anti kehidupan".... kenapa saya kata begitu..? dunia mereka hanya pada iPad tu... apa yg iPad tu cakap...apa yg dia main dia akan jadikan panduan... saya nampak benda ni depan mata saya... sampai anak bujang saya takut cicak.. sebab apa? tak pernah tgk dan ambil tahu pasal dunia luar... Nauzubillah... risau dengan keadaan itu... saya mulakan undang-undang untuk mereka... saya tidak lagi beri mereka main Gadget... malah saya biarkan mereka bermain dalam bilik... biarlah bersepah cam tongkang pecah... tapi yang penting mereka membuat pergerakkan fizikal.. dari duduk bermain Gadget tak ada apa pergerakkan selain jari sahaja... wallahuallam...

So untuk hari minggu pula, saya akan bawa mereka pergi memancing ikan dan mengemas rumah.. terus terang saya katakan saya bukanlah jenis pandai mancing.... tapi demi nak mengajar mereka akan betapa indahnya kehidupan ini di luar berbanding iPad tu....Jika ada masa saya isteri akan membawa anak-anak pergi jogging.. banyak tempat-tempat menarik untuk bawak mereka... kalau di lihat dari wajah mereka... saat mereka bersama kita tu penuh makna bagi mereka.. hubungan antara adik beradik juga akan bertambah baik.. saya juga sudah mengurangkan aktiviti ke shopping Complex .... ini baik utk anak-anak dan ibunya juga :P heheeh 

So sama2 lah kita fikirkan pentingkan aktiviti bersama keluarga ini... moga dapat memberikan sahabat pengajaran dan sama-sama kita menjadi ibu bapa yang lebih baik... Wallahuallam....

Sekian 
Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buang Biawak dalam lubang tandas

Bermulanya Aku Dan Muzik....