Masalah Rumahtangga Kini Kerana Teknologi....
Assalamualaikum....
Saja harini nak kongsi sedikit cerita dan boleh share2 pendapat....
Kebanyakkan pada hari ini saya nampak banyak masalah rumah tangga berpunca dari Social Thing ni... contoh WhatsApp, WeChat dan Facebook...
Banyak research yang saya buat pada kawan2 saya dan org luar tentang masalah yang tidak ketara pada dasarnya antara suami dan isteri ini... dalam research saya 80% masalah dalam rumahtangga berlaku antara penyebab ialah pasangan ada hubungan sulit, melayan dan melepaskan perasaan dalam alam maya.. Nauzubillah... x kurang juga dengan input2 negetive dan masalah sex dalam laman sosial ni....
Bak kata pepatah.. " Sepandai pandai tupai melompat... Akhirnya jatuh ke tanah juga..." kebanyakkanya macamtulah... buat dalam diam2... akhirnya "kantoi"
Dalam banyak research saya, saya dapati ada beberapa kaiteria yang dapat kita ketahui sama ada pasangan kita ada " buat salah " terhadap kita atau tidak... antaranya...
- Telefon xpernah lekang dari tangan.
- Masuk Jamban Bawak Telefon
- Pakai password dalam Application
- Sering Log-Out dari account laman sosial
- Kerap Online jam 2.00am ke 3.00am
Itu adalah antara sikap yang sering di beritahu kepada saya... bayangkan satu kes dimana pasangan dapat membuka salah satu account pasangan... terteralah ayat lucah tentang hubungan atas katil antara pasangan dengan hamba ALLAH yang tiadak dikenali... Nauzubilah.... dapat x kita semua rasakan betapa hancurnya hati pasangan itu? nauzubillah... akan tetapi saya suruh memaafkan pasangan itu... kerana belum ada manusia yang tiadak buat silap.... kita sama sahaja...
Saya tidak mengatakan Lelaki @ Wanita yang sering membuat perkara sebegini... akan tetapi kita kena pandang balik kepada konteks hubungan suami isteri... banyak kesilapan yang berlaku dalam rumahtangga adalah berpunca dari " Kurang Komunikasi " . Saya juga mengalami masalah kurang komunikasi bersama pasangan sebelum ini, dan kami sama-sama sedang memperbaiki in shaa allah...
Sebelum itu... saya hanya bercerita dan berkongsi pengalaman dari research saya sahaja, jika ada tersangkut paut atau berkaitan dengan mana2 pihak ...maafkan saya, mungkin kebetulan sahaja...
Kita jangan sering cari salah pasangan, malah kadang2 sekali sekala kita kena cari salah kita juga... kadang kena fikir.. Adakah sebab kita pasangan kita buat hal? adakah kita sedar atau tidak dalam konteks ini.... konteks ini sungguh besar pecahannya.. tapi saya ceritakanlah serba sedikit dan sambung sehingga habis in shaa allah....
JAGA ANAK - Kebanyakkan suami banyak lepas tangan dalam menjaga anak2... contoh basuh berak, bagi makan, mandikan dan sebagainya.... lelebih lagi suami yg punya hobi aktiviti luaran... kebanyakkan yang saya tanya... jawapannya begini " bila suami dah beri segalanya maka tanggungjawap anak2 adalah kepada isteri"... saya rasa pendapat ini tidak boleh diggunakan.
Ada juga isteri2 yang berkelakuan demikian... si suami bercerita pada saya, kalau si isteri dah jumpa kawan2 atau adik beradik atau memang jenis xsuka buat kerja jaga anak ni... lupa tanggungjawap... maka si suami pula yang akan melakukan tanggungjawap menguruskan anak2... lalu si suami tanya pendapat saya..... apa yg saya kata... xpa xsalah... mungkin selama ini dia yg uruskan... apa salahnya sekali sekala kita buat...? dia jawap " ini bukan sekali sekala en... dah kebiasaan" heheehehe... so apa yg saya cuba terangkan adalah... Komunikasi dan Tolak Ansur WAJIB ADA.... in shaa allah tidak akan timbul dalam hati ayat berbunyi " eiiii letih lah.... balik2 aku je kena buat "....
Bersambung Part II... in shaa allah... dengan tajuk
KEMAS RUMAH
KEWANGAN
CAMPURTANGAN KELUARGA
Comments
Post a Comment