Posts

Showing posts from 2019

Sudah kah Anda Tunaikan "HUTANG" pada ANAK..?

Assalamualaikum... Entri kali ini agak lain.. ini adalah pengalaman aku sendiri... dan aku rasa aku perlu share dengan siapa yang sudi membaca... SUDAHKAH KITA JELASKAN HUTANG KITA PADA ANAK???? Anak adalah anugerah yang terulung dari Allah kepada kita, akan tetapi tanpa kita sedar kita banyak berhutang dengan mereka, hutang yang perlu dijelaskan, hutang yang tak mungkin kita dapat selesaikan...  Aku sendiri melihat diri aku terhadap anak-anak.. sungguh tak adilnya aku pada mereka, kadang hanya pertanyaan sahaja dari mereka... kita herdik mereka dek kerana penat balik kerja Astafirullah... mereka berjam jauh dari kita, ntah apa yang berlaku disekolah/taska kita pun tak tahu, sampai-sampai rumah dah kena marah..kita memang penat bekerja.. mereka tahu tu, tapi bila mereka balik nak bercerita bukan kerana cerita itu... sebenarnya mereka rindu akan suara kita ... mereka rindu respond kita...tapi apa kita buat...? kita herdik, kita diam, kita cakap penat, Astafirullah... cuba...

Apa Beza Pemuzik dan Boleh Bermain Muzik...

Assalamualaikum.... Apa khabar semua... saja je buat entri ni... apa yg aku tulis ni adalah pandangan aku sendiri... tiada kaitan dengan mana-mana pihak ya... pada aku beza  Pemuzik dan Boleh Bermain Muzik adalah satu perbezaan yang amat ketara, sebab memang ramai orang boleh bermain muzik, tapi adakah dia seorang pemuzik? dengar macam pelik kan heheh.. so kali ni aku cuba mengupas apa itu pemuzik dan boleh bermain muzik... dalam dunia hari ini saya akui yang muzik sudah menjadi sebahagian dalam diri kita.. baik untuk apa juga situasi pasti ada muzik... itulah yang di katakan The Power Of Music .. muzik mampu mengubah emosi seseorang.. dari marah jadi ok.. dari sedih jadi happy... dan bermacam2 lagi... macam aku sendiri pun minat muzik heheh tapi aku bukanlah seorang pemuzik... hanya boleh bermain muzik... Ok.. pada pandangan aku sendiri... Pemuzik ini adalah insan yang tahu tentang Muzik secara mendalam... dari percakapan, kenal alat muzik, membaca note muzik.. dan ...

Siapakah Aku Di Sisi Allah...

Dalam kehidupan banyak benda yang kita kecapi...tak lupa juga pada perkara yang menyakitkan... akan tetapi hidayah ALLAH S.W.T itu luas.... Aku bukan berasal dari keluarga yang kaya... ayahku meninggalkan kami pada usia aku amat muda... aku memberontak antah kenapa... aku lalai dalam pelajaran... aku abaikan agama... dan mengenali sesuatu bernama MUZIK... bagai mendapat sesuatu yang baru muzik membawa aku merantau jauh dan berkenalan dengan orang baru... bermula aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur... amat terbuka pandangan mata kerana dapat melihat segalanya... tidak seperti di kampung... penglihatan amat terhad... memulakan karier bermain muzik sehingga menjerumus diri dengan ARAK... Nauzubillah... sehingga aku pulang semula ke kampung... dapat meningalkan semuanya... pada tahun 2000 aku naik semula ke Kuala Lumpur dapat bekerja dengan syarikat yg agak besar... kehidupan mula berubah... di saat itu juga aku mengenali insan yang bergelar isteriku.... kehidupan bermula dengan baik...